Timbalan Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Markiman Kobiran berkata, usaha itu bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi.

“Menerusi program ini akan menjelajah semua kawasan di parlimen ini khususnya penempatan orang asli bagi mengagihkan Jalur Gemilang.

“Program bermula hari ini dan berakhir di Semenyih pada 31 Ogos,” katanya selepas melepaskan peserta Konvoi Jelajah Semarak Merdeka di sini. - UTUSAN ONLINE