Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, kumpulan peragut dikenali sebagai ‘Geng Mat’ itu dipercayai aktif menjalankan jenayah tersebut sejak awal tahun ini.

“Kesemua suspek berusia antara 26 hingga 32 tahun dan mempunyai pekerjaan tetap sebagai jurujual, penjual ikan dan juga kontraktor.

“Hasil pemeriksaan awal terhadap suspek menemukan tujuh rantai leher emas yang sudah putus dan satu loket disembunyikan dalam botol minuman,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Tun Dr Ismail, di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE