Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa pada kedalaman 177 km itu terletak 7.1 darjah Utara dan 94.0 darjah Timur, kira-kira 30 km Timur Laut dari Great Nicobar, India.


Menurut kenyataan itu, gegaran mungkin dirasai di sekitar Pulau Pinang, bagaimanapun gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - BERNAMA