Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam kenyataan memaklumkan, pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak disediakan, termasuk Zoo Mini, pertunjukan badut, busker, pemberian Popcorn (bertih jagung) dan ais krim.

“Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga untuk merasai kemeriahan program tersebut. Pengunjung juga berpeluang berinteraksi dan bergambar bersama haiwan seperti ular sawa, arnab, anak ayam, iguana, landak dan burung kakak tua,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE