Pengerusi Gapenas, Nasiruddin Mohamed berkata, enam isu yang dibangkitkan dalam surat berkenaan iaitu tender haram, nombor lot bercanggah berkaitan isu tender haram, rasuah melibatkan pegawai MPAJ serta tender haram pembaziran jutaan wang ringgit pembayar cukai kepada perunding.

“Pihak kami memberi tempoh 14 hari kepada MPAJ bagi menjawab persoalan tersebut dan susulan akan dilakukan sekiranya mereka gagal memberi sebarang respon.

“Saya mewakili rakyat Selangor khususnya bercakap atas kepentingan pembayar cukai MPAJ,” katanya selepas menyerahkan surat tersebut kepada Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad di sini. - UTUSAN ONLINE