Pengurus Besar Kanan Distribution Network, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, bekalan dipulihkan secara berperingkat seawal pukul 5 petang semalam dengan 67 peratus pengguna mendapat bekalan daripada Grid Nasional.

“Baki pengguna lain pula, mereka mendapat bekalan elektrik dengan menggunakan set janakuasa bergerak sebanyak 170 unit keseluruhannya. Bagaimanapun, gangguan sementara antara 15 hingga 30 minit akan berlaku apabila bekalan dihubungkan semula ke Grid Nasional.

“Kerosakan PMU Serdang Raya dikenalpasti daripada peralatan panel pembahagian 33kV. Kerja pembaikan kerosakan di PMU tersebut dijangka siap esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE