Kawasan yang terlibat, termasuk pekan Sepang, Sungai Pelek, Sri Bayu, Bukit Bangkong, Sungai Rawang, Tanjung Rhu, Bagan Lalang, Bandar Baru Salak Tinggi, Dengkil, Jenderam dan Kota Warisan.

Lain-lain kawasan yang mengalami gangguan bekalan air, termasuk Tanjung Sepat New Village, Berek Polis Tanjung Sepat, Kampung Batu Untung, Taman Batu Untung, Taman Tanjung, Taman Pelangi, Taman Mutiara, Taman Tanjung Sepat Indah, Kampung Tumbuk, Tumbuk Estate dan lain-lain.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, kerja-kerja baik pulih di Sungai Chinchang, Sepang siap sepenuhnya pada pukul 6 pagi tadi.

“Bekalan air di kawasan Sepang dan Kuala Langat sedang pulih secara berperingkat. Pemulihan bekalan air ke premis yang terletak di kawasan tinggi dan hujung sistem agihan mungkin akan mengambil sedikit masa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE