Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Siti Zubaidah Zakaria berkata, kerja-kerja itu akan bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang keesokkan harinya.

“Pelanggan diminta untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada tarikh tersebut.

“Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini secepat mungkin bagi memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE