Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Syabas, Siti Zubaidah Zakaria berkata, gangguan bekalan bermula pukul 9 pagi sehingga pukul 7 malam itu bertujuan menambah baik sistem rawatan air di Loji Rawatan Air Bernam River Headworks.

Katanya, antara kawasan terjejas adalah Taman Setia Jaya, Taman Padu Permai, Taman Nirwana, Taman Makmur, Taman Cahaya, Taman Seri Indah, Bagan Sungai Besar, Taman Gembira, Taman Seri, Taman Melati dan Taman Raya.

“Turut terlibat, Jalan Kalabakan, Bagan Nira, Taman Mutiara, Kampung Mahmudin, Pekan Sabak, Jalan Menteri, Taman Muhibbah, Taman Pertama, Taman Serendah serta Batu 37 – 38 Darat.

“Pengguna dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja tersebut bermula dan segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini secepat mungkin,” menurutnya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Sila rujuk www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai kerja-kerja penggantian perkakasan tersebut. - UTUSAN ONLINE