AMIN LIN ABDULLAH

Kawasan-kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air, termasuk Bandar Country Homes, Jalan Kuala Garing, Kampung Sungai Bakau, Taman Teknologi, Kota Emerald, Puteri Heights, Taman Industri Rawang Integrated, Rawang Tin, Emerald West dan Taman Anggun 1, 2 dan 3.

Kawasan lain yang turut terjejas adalah pusat beli-belah AEON, Taman Desa Kuala Garing, Taman Garing Jaya, Taman Garing Permai, Taman Garing Utama, Taman Pelangi, Taman Velox, Taman Bayu Permai dan Rawang Indah.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, kerja-kerja penggantian itu akan dijalankan pada tarikh tersebut bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam.

“Pada hari sama, satu lagi kerja penggantian perkakasan sistem agihan air akan dilaksanakan di Kolam Air Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. Keseluruhan Taman Bunga Raya akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam pada 15 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Amin Lin, segala usaha akan diambil bagi menyiapkan kerja-kerja secepat mungkin dan pengguna dinasihat menyimpan bekalan air secukupnya sebelum tarikh berkenaan. - UTUSAN ONLINE