Kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air, termasuk Bandar Seri Ehsan, Taman Langat Utama, Taman D’Menara, Taman Murnimas dan RTB Bukit Changgang.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, gangguan bekalan air bermula pukul 9 malam hingga 5 pagi keesokannya.

“Segala usaha diambil bagi menyiapkan kerja-kerja ini secepat mungkin. Pengguna diminta menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula Ahad ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE