AMIN LIN ABDULLAH

Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Amin Lin Abdullah dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan itu adalah sebahagian daripada kerja penyelenggaraan demi mengekalkan kualiti bekalan air.

“Kawasan yang terlibat adalah Kampung Sungai Buaya Peringkat 1 dan Kampung Sungai Buaya Peringkat 2. Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja pencucian secepat mungkin.

“Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 23 Mei,” katanya lagi. - UTUSAN ONLINE