Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Siti Zubaidah Zakaria berkata, antara kawasan yang terjejas adalah Taman Ehsan, Taman Desa Jaya dan Kampung Kepong Ulu bermula 10 malam Rabu ini hingga 5 pagi keesokannya.

Menurutnya, ia diikuti sebahagian Fasa 3 dan keseluruhan Fasa 4, Fasa 5, Fasa 6, Fasa 7, Fasa 8, dan Fasa 9 Taman Sri Gombak serta Kampung Melayu Sri Gombak bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang Khamis iini.

Tambah Siti Zubaidah, kerja pemasangan injap di pekan Rawang, Selangor pada hari yang sama juga akan turut menjejaskan bekalan air di New Green Park, Taman Rawang Jaya, Kampung Lim Tan, keseluruhan Bukit Rawang Putra dari pukul 8 malam hingga 5 pagi Jumaat. - UTUSAN ONLINE