Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, kerja-kerja penggantian itu akan dijalankan pada tarikh tersebut bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi keesokannya.

“Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini dengan secepat mungkin. Pengguna diminta menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 15 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini - UTUSAN ONLINE