Gambar Neelofa 'peluk' Zul Ariffin tarik perhatian netizen
ADEGAN berpelukan pada salah satu babak dalam drama Ti Amo, Sweetheart 100 mendapat kecaman netizen. - UTUSAN ONLINE

Rata-rata peminat mempersoalkan pilihan Neelofa untuk melakonkan babak dalam drama Ti Amo, Sweetheart 100 yang dilihat tidak sesuai dengan status ‘Hajjah’ beliau.

Antara komen yang ditinggalkan turut menjelaskan penampilan Neelofa yang bertudung menjadikan gambar tersebut tidak manis.

Bagaimanapun, terdapat juga komen positif yang diberikan peminat kedua pelakon ini.

Menerusi komen yang ditinggalkan di ruangan komen gambar tersebut, peminat yakin pengacara dan pelakon itu tahu akan batas yang perlu dia jaga dalam menjayakan watak dalam drama tersebut.

Gambar Neelofa 'peluk' Zul Ariffin tarik perhatian netizen
 

Malah ada juga yang berpendapat gambar lakonan itu tidak menjejaskan memandangkan sentuhan yang berlaku antara dia dan Zul Ariffin berlapik.

Sementara itu dalam gambar seterusnya, Michael turut berkongsi gambar Neelofa berpelukan dengan Zul Ariffin.

Meminta netizen bertenang, jelas Michael, babak tersebut hanya lakonan yang perlu dijayakan dua pelakon tersebut.

“Itu cuma satu lakonan, sila faham, chill (relaks) sudah,” tulisnya. - UTUSAN ONLINE

Gambar Neelofa 'peluk' Zul Ariffin tarik perhatian netizen