Penganjuran kali kedua acara la­rian dengan kerjasama Utusan Malaysia selaku media rasmi itu diadakan pada 5 November depan dengan pelepasan larian seawal pukul 7.30 pagi di Tapak Pesta Konvo, Taman Pertanian Universiti, UPM Serdang di sini.

Jabatan Pengurusan Jenama Kumpulan Utusan dalam satu kenya­taan memaklumkan, sebanyak enam kategori dipertan-dingkan iaitu Kategori A Lelaki Terbuka dan Kategori B Wanita Terbuka (18 tahun ke atas); Ka-tegori C Lelaki Veteran dan Ka-tegori D Wanita Veteran (40 tahun ke atas); serta Kategori E Lelaki Remaja dan Kategori F Wanita Remaja (17 tahun ke bawah).

Menurutnya, yuran adalah sebanyak RM50 dan pembayaran boleh dibuat di khemah Urusetia Tapak Pesta Konvo UPM 2017 pada 3 dan 4 November depan bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang.

“Pendaftaran juga boleh dibuat melalui bayaran debit bank ke NS Events melalui akaun Maybank (5551 7150 8404).

“Peserta perlu menyimpan resit bayaran berkenaan sebagai bukti semasa pengambilan kit la-rian.

“Juara setiap kategori bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM300 dan piala, tempat kedua RM200 berserta piala, manakala tempat ketiga RM100 dan piala,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Acara yang mendapat tajaan daripada 100 Plus dan Igloo selaku penaja rasmi itu turut akan mengedarkan kemeja T, medal serta sijil penghargaan kepada 500 peserta terawal yang mendaftar.

Menurut kenyataan itu lagi, acara cabutan bertuah turut menanti peserta bagi merebut 30 hadiah berupa barangan elektrik dan barangan eksklusif Utusan Malaysia selain pelbagai aktiviti lain.

Ini termasuk pertandingan meman­cing, karaoke santai dan jualan harga runtuh majalah dan buku terbitan Kumpulan Utusan serta promosi langganan e-paper turut diadakan.

Keterangan lanjut mengenai acara larian ‘Fun Run 5KM’ boleh menghubungi urusetia di talian 013-366 4765 atau 012-284 6811.