Mengetengahkan persembahan dalam bentuk penceritaan merangkumi elemen muzik, seni tari dan teknik formasi berbeza nyata kesemua pasukan yang bertanding bukan calang-calang.

Gaya persembahan yang di-suntik dengan elemen budaya tempatan itu turut membuktikan setiap pasukan cuba melakukan yang terbaik.

Pemangku Pre­siden Persatuan Pancaragam Malaysia, Prof. Dr. Shahanum Mohd. Shah, berkata, penganjuran masuk tahun ketiga kali itu turut memberi pendedahan kepada penyertaan beberapa sekolah yang aktif dalam pancaragam m­enyertainya.

Katanya, per­tandingan seumpama ini juga merupakan platform terbaik bagi memupuk minat dalam kalangan kelab muzik dan pancaragam di peringkat sekolah bergiat lebih serius dan kreatif dalam seni persembahan pancaragam.

“Setiap susun atur persembahan yang dihidangkan kepada penonton bukan sahaja me-nuntut latihan berganda tetapi juga kesabaran yang tinggi dalam setiap peserta,” katanya kepada Utusan Malaysia sebaik usai majlis penyampaian hadiah di sini.

Menurut Shahanum lagi, per­tandingan itu juga adalah pe­lu­ang terbaik bagi bakat-bakat muda negara mempamerkan kreativiti seni persembahan mereka me­rangkumi muzik dan tarian termasuk pemakaian latar pentas agar seiring dengan tema yang dike­tengahkan.

“Penjurian yang dihakimi oleh panel luar negara itu telah meletakkan pemarkahan pertunjukan pancaragam itu dinilai mengikut standard yang tinggi.

“WGI 2017 diakui memberi peluang kepada peserta memanfaatkan peluang yang ada untuk meningkatkan keyakinan diri selain mencuba dalam apa saja keadaan,” katanya.

Mempertandingkan tiga ka­tegori iaitu ‘Color Guard Division’, ‘Winds Division’ serta ‘Percussion Division’, WGI 2017 turut menarik penyertaan negara Indonesia.