Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. memaklumkan, program itu bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan pertandingan memasak bubur lambuk antara tujuh buah masjid dan surau di sekitar kawasan GCE.

“Pertandingan tersebut akan diadili selebriti terkenal seperti Azrul Raja Lawak dan Serina Redzuawan. Pelbagai hadiah cabutan bertuah turut ditawarkan kepada pengunjung,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE