Ahli Persatuan Peladang Wanita Beranang, Dr. Rushmini Maris Ismail berkata, lebih 1,000 pokok bunga dan tanaman buah-buahan akan dipamerkan kepada pengunjung sempena program pada 29 dan 30 Julai bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang itu.

“Festival tersebut bertujuan melonjakkan lagi industri pertanian dan pelancongan negara, sekali gus memacu perkemba­ngan industri tersebut sebagai satu alternatif pelaburan yang menguntungkan rakyat.

“Selain itu, ia dapat memberi peluang kepada pengusaha industri landskap, bunga dan buah-buahan tempatan mempamerkan kreativiti dan memasarkan produk mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut beliau, festival de­ngan kerjasama kerjasama Royal Rose Garden Beranang itu dianjurkan buat julung kalinya dengan menyasarkan lebih 100 pengusaha dan peladang.

“Bayaran yang akan bagi setiap lot gerai adalah sebanyak RM50.

“Penyertaan masih dibuka kepada orang ramai dan mereka yang berminat untuk me­nyertainya boleh menghubungi Norhidayatul Asima Mohd. Salleh di talian 012-8924808,” katanya.