Ketua Pegawai Eksekutif FriedChillies, Mohd. Adly Rizal berkata, festival yang julung kali diadakan itu mendapat kerjasama Rapid Rail Sdn. Bhd. bertujuan mengetengahkan pelbagai hidangan ayam goreng kepada pengunjung.

“Buat julung kali kami berjaya menganjurkan festival ayam goreng terbesar dan pertama di Malaysia. Kesemua peniaga ayam goreng tempatan yang berkecimpung dalam dunia perniagaan itu sejak 38 tahun lalu menyertai festival ini.

“Program bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam dan pengunjung boleh membeli tiket menerusi dalam talian FriedChillies.com atau datang ke sini. Pelbagai hidangan ayam goreng lazat disajikan hasil air tangan lapan peniaga yang berniaga di bawah satu bumbung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas perasmian program oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Ir. Zohari Sulaiman. - UTUSAN ONLINE