Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, berikutan tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan tujuh kes curi motosikal Honda EX5 di kawasan Taman Sri Sentosa dan Taman Petaling Utama.

“Ketua kumpulan ini mempunyai dua rekod jenayah, manakala dua lagi masing-masing mempunyai lapan rekod jenayah lampau.

“Dalam tangkapan itu, kita turut merampas tiga motosikal yang dicuri suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar sejurus Perhimpunan Bulanan IPD Bricfields di Balai Polis Tun Dr Ismail di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE