Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, punca sebenar pelakon bertindak sedemikian bagaimanapun masih dalam siasatan.

“Tiada sebarang provokasi dibuat sama ada oleh anggota yang mengambil aduan mahupun orang awam yang ditendang.

“Buat masa ini, suspek belum memberikan keterangan berikutan masih berada dalam keadaan khayal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, selebriti berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara.

Farid Kamil dikatakan datang ke balai berkenaan bersama rakannya dan sebaik sahaja duduk di kaunter, dia telah menunjukkan satu pesanan Whatsapp di telefon bimbitnya kepada anggota yang mengambil aduan.

Dia yang juga pengarah filem kemudian tiba-tiba bertindak menampar muka anggota yang cuba bertanya mengenai pesanan tersebut sebelum turut menendang seorang orang awam yang sedang menunggu untuk membuat aduan di balai sama -UTUSAN ONLINE