PROGRAM Seni Situ Sana Sini menampilkan artis terkenal, Erma Fatima untuk berkongsi ilmu keusahawanan yang diceburinya kepada penggiat seni. - UTUSAN ONLINE

JKKN WPKL dalam kenyataan di sini berkata, ia merupakan sebuah program Kelimuan Seni Budaya 2019 yang disampaikan oleh artis dan juga usahawan tempatan, Fatimah Rahman yang lebih dikenali sebagai Erma Fatima.

“Beliau merupakan seorang pelakon, pengarah filem, penerbit dan kini menjadi usahawan yang dikenali sebagai Mak Cun.

“Program ini bertujuan memberi peluang kepada penggiat seni budaya, pencinta seni dan budaya serta aktivis seni yang lain untuk belajar dan mengetahui cara menghasilkan produk dengan peluang dan ruang yang sangat terhad,” katanya.

Menurut kenyataan itu, program yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 1 petang itu turut dihadiri oleh Pengarah JKKN WPKL, Mohd. Amran Mohd. Haris.

“Dalam majlis ini, Erma Fatima membincangkan topik yang bertajuk Pejenamaan Melalui Seni yang merupakan salah satu topik sangat sesuai pada masa kini dengan pelbagai isu dan idea baharu termasuk media digital,” katanya. - UTUSAN ONLINE