AM Best dalam kenyataan hari ini, berkata prospek penarafan kredit berkenaan adalah stabil.

Penarafan itu mencerminkan kekukuhan imbangan lembaran Energas, yang AM Best klasifikasikan sebagai amat kukuh selari dengan kemantapan prestasi operasi, profil perniagaan neutral dan pengurusan risiko perusahaan yang sesuai.

Tambahan lagi, penarafan itu diberikan atas faktor impak neutral daripada syarikat milik 100 peratus dan bersepadu dengan Petronas, syarikat minyak dan gas kebangsaan Malaysia.

AM Best menjangkakan risiko modal Energas boleh diubah mengikut kesesuaian seperti diukur oleh Nisbah Kemampuan Modal Best untuk kekal di paras paling kukuh untuk jangka sederhana disokong oleh manfaat taja jamin rendah dan pendekatan pelaburan konservatif.

Katanya, kos operasi syarikat yang rendah dan stabil bagi aliran pendapatan komisen insurans yang dibeli oleh syarikat insurans telah menyumbang kepada keuntungan keseluruhan.

Prospek keputusan tertakluk kepada keadaan turun naik dalam tuntutan berikutan Energas menyediakan had polisi yang besar berbanding dengan pendapatan premiumnya. Bagaimanapun, ini akan dapat disederhanakan sebahagiannya oleh program insurans kaptif dibeli syarikat insurans yang komprehensif.

Energas disepadukan dalam kerangka pengurusan risiko kumpulan Petronas dan berperanan aktif dalam menyelia dan menampung kos insurans kumpulan. - BERNAMA