Menurut Ketua Blok A perumahan itu, Khairul Anuwar Yusoff, kejadian kira-kira pukul 3.30 petang hari ini bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan serius.

“Kejadian itu membuatkan peniaga terpaksa menutup perniagaan mereka yang bermula petang. Setakat ini belum dipastikan berapa nilai sebenar kerosakan yang dialami mangsa terbabit,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Menurut Khairul Anuwar, kejadian tersebut berlaku di perkarangan Laman Sejahtera berdekatan blok D perumahan tersebut.

“Selain itu, beberapa batang pokok turut tumbang ekoran angin kencang dan hujan lebat,” katanya. - UTUSAN ONLINE