Menurutnya, sebelum ini pembayaran elaun tertangguh selama lapan bulan namun baru-baru ini mereka telah dibayar bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini.

“Kita telah membawa isu terbabit ke pihak Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor namun mereka memaklumkan terdapat masalah di peringkat Bukit Aman.

“Apabila isu ini dibawa kepada pihak Bukit Aman, mereka memaklumkan elaun tersebut telah diberi kepada pihak IPK untuk dibayar kepada anggota PVR negeri ini. Malah, lebih menghairankan apabila anggota-anggota PVR di negeri lain mendapat pembayaran secara teratur,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE