Yang Dipertua MPS, Suliman Abd. Rahman berkata, program itu diadakan bukan sahaja untuk mendidik peserta melakukan aktiviti menyihatkan tetapi juga bagi mempromosikan Taman Ekstrem Gua Damai.

“Gua Damai ini merupakan satu tempat warisan yang perlu diketengahkan dalam sektor pelancongan kerana mempunyai tarikan tersendiri.

“Tidak dinafikan, tempat ini sudah dikenali ramai namun menjadi harapan agar lebih ramai pengunjung sama ada dari dalam atau luar negara datang melihat keindahan Gua Damai,” katanya selepas aktiviti eksplorasi selesai, di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE