ASYRAF WAJDI DUSUKI
ASYRAF WAJDI DUSUKI

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dengan adanya portal tersebut, ia akan membantu memudahkan pencarian maklumat mengenai kelas-kelas bimbingan dan pengajian Islam, pusat khidmat nasihat, bantuan, perlindungan dan kebajikan.

“Ini merupakan satu lagi produk baharu selari dengan kehendak semasa yang diperkenalkan oleh kerajaan agar memberi manfaat kepada masyarakat saudara Muslim kita di luar sana.

“Aplikasi ini juga diharapkan dapat dijadikan panduan kepada mualaf bagi memulakan kehidupan sebagai orang ‘baharu’ dengan lebih sempurna,” katanya dalam ucapan sempena majlis perasmian Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan 2018 dan Pelancaran Portal E-Muallaf di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, inisiatif tersebut turut berteraskan Maqasid Al-Syariah yang mana golongan saudara baharu tidak pernah diasingkan daripada mengecapi kesatuan, kesaksamaan dan kesejahteraan ummah yang menjadi tanda aras kemajuan negara. - UTUSAN ONLINE