Tinjauan Skuad Terjah sekitar Taman Kosas, Ampang dan Cheras, Kuala Lumpur sepanjang tiga minggu Syawal mendapati hampir 45 pe-ratus kafe siber dikunjungi mereka yang di bawah umur.

Lagak mereka bagaikan `orang kaya’ kerana masing-masing mempunyai wang saku sendiri selepas menerima duit raya daripada ibu bapa dan saudara mara.

Skuad Terjah difahamkan mereka menghabiskan masa antara tiga hingga lapan jam dengan memperuntukkan kira-kira RM10 hingga RM30 sehari untuk melayari internet.

Berdasarkan pemerhatian, seawal pukul 8 pagi sekumpulan pelajar yang memakai t shirt dan masih mengenakan seluar sekolah tanpa segan silu dilihat berlegar-legar di kawasan kafe siber berhampiran .

Sebaik pintu dibuka, masing-masing bagaikan tidak sabar untuk memasuki premis yang seolah-olah menjanjikan seribu macam ke­seronokan itu.

Lebih mengejutkan beberapa murid sekolah rendah turut dilihat memasuki salah sebuah kafe siber.

Skuad Terjah difahamkan, kunjungan golo­ngan bawah umur itu didapati meningkat setiap kali selepas Hari Raya Aidilfitri.

Kegagalan sebahagian ibu bapa memantau dan menguruskan `duit raya’ anak-anak menyebabkan mereka menghabiskan dengan me­ngunjungi kafe siber berhampiran.