Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kedua-dua-dua laporan tersebut telah dibuat di Balai Polis Subang Jaya kira-kira pukul 9.28 malam.

Ujarnya, kedua-dua mereka merupakan saksi doktor pakar dalam inkues Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

“Sehubungan itu, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 189 Kanun Keseksaan iaitu ugutab bencana kepada seorang penjawat awam.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan lanjut akan dibuat memandangkan inkues masih berjalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE