Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Terengganu, Mohd. Nor Hamzah berkata, itu adalah antara maklum balas yang beliau terima daripada pesalah kesan pelaksanaan hukuman kontroversi itu.

“Kita mendapat maklumat bahawa mereka telah insaf, bertaubat dan tidak akan mengulanginya.

“Dan kita juga berhasrat berjumpa mereka untuk mendengar sendiri perasaan mereka selepas menjalani hukuman berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar menangkis takrif kemanusiaan songsang dan sokong sebat lesbian anjuran Pakatan Ekonomi dan Dakwah (Pack-Ecdah), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE