Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisoner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 petang.

“Ketika kejadian, kereta Proton Iswara yang dipandu seorang wanita sedang membayar tol di lorong Touch N’ Go.

“Perodua Kancil pula yang dipandu seorang lelaki Indonesia telah mengalami masalah brek lalu terbabas dan masuk ke lorong sama yang mengakibatkan kedua-dua kereta terhimpit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, tiada kecederaan pada pemandu dan penumpang kedua-dua buah kenderaan. - UTUSAN ONLINE