Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Najmuddin Mohd. berkata, reman dua hari itu dibuat bagi membolehkan siasatan terperinci mengenai kenyataan tersebut dijalankan.

“Beliau akan direman selama dua hari bermula hari ini dan esok. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948,” katanya di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE