Pengurus Besar Hotel Dorsett Putrajaya, Alfred Paulsen berkata, sejak beberapa tahun lalu, pihaknya telah bekerjasama dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) untuk menganjurkan majlis tersebut.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah melupakan golongan kurang bernasib baik termasuk anak-anak yatim untuk bersama-sama meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Program ini merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan kami. Sejak dibuka pada 2016, Dorsett Putrajaya sentiasa meraikan dan berkongsi kegembiraan dengan pelbagai komuniti masyarakat.

“Saya percaya program seum­pama ini mampu memberi inspirasi kepada syarikat-syarikat korporat lain untuk menyumbang sesuatu kepada komuniti,” katanya ketika berucap dalam majlis itu di sini.

Yang turut hadir pada majlis ber­kenaan ialah Naib Pengerusi Dorsett Hospitality International, Datin Jasmine Heng, Ketua Pegawai Eksekutif Tudung Kini Sdn. Bhd., JC Ng dan Pengasas Rumah Anak-Anak Yatim At-Taqwa, Norhayati Wan Adib.

Pada majlis tersebut, anak-anak yatim menerima sumba­ngan duit raya dan juga pelbagai ba­rangan keperluan lain.