Guru Besar Zailani Karim berkata, gimik guru memakai pakaian sebegitu bertujuan mendedahkan murid dengan pelbagai bidang selain menjadi seorang pendidik.

“Murid perlu tahu skop kerjaya itu sangat luas dan mereka berpotensi untuk mencapainya jika belajar bersungguh-sungguh. Dengan penampilan guru hari ini mereka dapat tahu pelbagai bidang yang boleh diceburi.

“Acara lain yang turut memeriahkan sambutan sama termasuk bacaan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan, nyanyian lagu ‘Guru Malaysia’, permainan explorace dan persembahan murid,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE