Ketua Pegawai Operasinya, Mohammed Shah Samin berkata, diskaun tersebut akan bermula pada 31 Ogos ini dari pukul 12.01 pagi hingga 11.59 malam untuk semua kenderaan kelas satu.

“Dengan ini, harga tol RM2 akan menjadi RM1.80 pada hari tersebut dengan diskaun sebanyak 20 sen bagi setiap transaksi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE