Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) dan Sprint, Sazally Saidi berkata, diskaun tol bagi pengguna lebuh raya terbabit bermula pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada hari tersebut.

Jelasnya, diskaun tol untuk pengguna Lebuhraya SMART pula akan bermula pukul 6 pagi pada hari tersebut hingga 6 pagi keesokannya.

“Bagi pengguna di LDP mereka akan menikmati diskaun 60 sen, manakala bagi pengguna di Lebuhraya Sprint dan LSA, diskaun tol yang diberikan adalah sebanyak 20 sen dan Lebuhraya SMART, 30 sen.

“Diskaun ini diberikan kepada semua kelas kenderaan yang menggunakan kesemua lebuh raya tersebut,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman tersebut dan program Kembali Ke Sekolah di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kelengkapan sekolah dan wang tunai kepada 90 kanak-kanak kurang bernasib baik dari Persatuan Kanak-Kanak Ini Disayangi (K.I.D.S) Subang Jaya, Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman Kuala Lumpur serta Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2 Klang, Selangor. - UTUSAN ONLINE