Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff dalam kenyataan di sini hari ini berkata, diskaun tersebut bermula pukul 12.01 pagi, esok hingga 12.00 tengah malam.

“Tawaran itu boleh didapati di semua plaza tol lebuh raya berkenaan kecuali di Lekas iaitu di Plaza Tol Ampangan sahaja.

“Pemberian diskaun ini sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat sempena sambutan Deepavali untuk bersama meraikan pengguna lebuh raya yang ingin mengambil kesempatan cuti bersama keluarga,” katanya. - UTUSAN ONLINE