SAZALLY SAIDI

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Sazally Saidi berkata, diskaun tol sebanyak 50 peratus itu diberikan kepada pengguna di kedua-dua lebuh raya bagi semua kelas kenderaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat ini.

“Kami memahami keperluan orang ramai untuk pulang beraya ke kampung halaman bersama keluarga.

“Diharapkan pemberian diskaun ini dapat memeriahkan lagi Syawal yang bakal tiba,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE