Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan berkata, tawaran istimewa tersebut adalah peluang buat warga kota melangsaikan tunggakan sebelum tindakan senarai hitam diambil terhadap mereka.

Katanya, potongan diskaun sebanyak RM20 diberikan bagi setiap notis kesalahan pemilik motosikal, RM30 bagi pemilik kereta dan RM50 bagi kenderaan berat termasuk bas, lori dan lain-lain.

“Bayaran kompaun pada kadar istimewa tersebut boleh dilakukan orang ramai di semua kaunter-kaunter bayaran seperti sedia ada termasuk di Pejabat Pos dalam tempoh tawaran berjalan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penghargaan Bersama Agensi sempena Hari Penguatkuasa ke-48 DBKL bagi mengiktiraf sumbangan agensi penguatkuasa lain dalam operasi bersepadu yang digerakkan bersama pihak berkuasa tempatan itu sepanjang tahun ini. - UTUSAN ONLINE