Syarikat konsesi lebuh raya itu dalam satu kenyataan berkata, tol percuma berkuat kuasa dari 12 tengah malam 31 Ogos dan berakhir pada 11.59 malamnya manakala diskaun tol 10 peratus bermula dari pukul 12 tengah malam 1 September hingga 11.59 malam.



“Dianggarkan lebih 107,000 kenderaan bakal menikmati laluan tol percuma dan lebih 91,000 pengguna bakal menikmati diskaun laluan tol itu,” demikian menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai tawaran laluan percuma dan diskaun itu boleh diperoleh menerusi laman Twitter dan Facebook MEXTraffic atau menghubungi hotline MEX di nombor 03-83159111. - UTUSAN ONLINE