Sihat sebelum sakit,

Muda sebelum tua,

Kaya sebelum miskin,

Lapang sebelum sempit,

Hidup sebelum mati.

Demikian petikan lirik lagu nasyid kumpulan Raihan, Demi Masa yang berpesan agar umat Islam menghargai masa dan menyiapkan diri dengan bekalan amal sebelum meninggalkan dunia yang fana ini.

Ketika itu, semuanya sudah terlambat kerana hanya berbekalkan doa dan air mata ke­luarga mengiringi si mati di tanah perkuburan.

Secara amnya, hampir setiap hari terdapat kes kematian yang perlu diuruskan oleh pihak pe­ngurusan jenazah di negara ini.

Berbeza pula di ibu negara, timbul dakwaan mengatakan ta­nah perkuburan tidak mencukupi di beberapa kawasan se­perti Parlimen Bandar Tun Razak.

Membuktikan dakwaan itu be­nar, Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mok­htar tampil memberikan penjelasan.

“Di sini kita sedang me­nghadapi masalah tanah per­kuburan yang meruncing. Ke­perluan tanah perkuburan kian mendesak.

“Paling terkesan di Tanah Perkuburan Salak Selatan yang hanya boleh mengisi kira-kira 60 jenazah lagi. Hanya kariah di Kampung Malaysia, Desa Tasik dan Bandar Tasik Selatan boleh dikebumikan di situ.

“Perkuburan di Kampung Che­ras Baru, Jalan Kuari pula te­­lah penuh, manakala per­ku­buran di Alam Damai hanya tertak­luk kepada ahli-ahli kariah di kawasan itu,” katanya ketika di­temui Utusan Malaysia.

Menurut Rizalman, UMNO Bandar Tun Razak dengan kerjasama Masjid Ibnu Khaldun Su­ngai Besi telah mengambil inisia­tif menjalankan kerja-kerja tambak tanah di Ta­nah Perkuburan Salak Selatan dua tahun lalu.

“Sekurang-kurangnya ia (tambak tanah) dapat menampung 200 jenazah. Sekarang kita tambak lagi dan boleh memuatkan 60 jenazah sahaja, selain bimbang menjelang akhir tahun tidak dapat menampung lagi jenazah kelak,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan, pihak Ja­batan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mempunyai perancangan menyediakan dua buah tanah perkuburan baharu bagi mengatasi masalah tersebut.

“Tanah Perkuburan Raudhatul-Sakinah Kem Perdana Sungai Besi yang boleh menampung 2,000 jenazah telah siap dibina dan sehingga kini masih belum boleh digunapakai. Difahamkan mereka dalam peringkat perbinca­ngan mengenai perkara itu.

“Selain itu, pihak Jawi akan mewujudkan tanah perkuburan di Bukit Jalil, namun menghadapi masalah isu penempatan setinggan di situ. Saya memohon supaya masalah-masalah tersebut diselesaikan segera,” katanya.

Tanah untuk menampung jenazah pada liputan mengenai isu kepadatan tanah perkuburan di Tanah perkuburan Raudhatul-Sakinah Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.