Demikian ditegaskan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz kepada individu yang gagal mematuhi peraturan di zon larangan merokok di semua jejantas dan laluan pejalan kaki berbumbung di ibu negara.

Menurutnya, mereka boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun bagi kesalahan tersebut.

“DBKL telah mewartakan semua jejantas dan laluan kaki berbumbung di ibu negara sebagai zon bebas rokok berkuat kuasa 15 April lalu.

“Langkah ini merupakan titik permulaan, Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok dan menjelang tahun 2045 menyasarkan kurang lima peratus yang merokok dan tiada yang merokok di Malaysia ,” katanya ketika merasmikan Majlis pelancaran KL Bebas Asap Rokok di Jejantas dan Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Kuala Lumpur 2017 di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE