Menurutnya, dia merayu agar isterinya, Vi Thi Nga, 27, warga Vietnam supaya pulang ke pangkuan keluarga sejak keluar dari rumah bersama anak tunggal mereka, Helen Chow Wei Jun, 2, pada 30 Ogos 2017.

Menurutnya lagi ini merupakan kali ketiga isterinya lari dari rumah, pertama pada Julai 2016 dan kedua pada Januari 2017 tahun lepas.

Katanya, sebelum ini memang mereka ada berselisih faham tentang masalah kewangan namun dia tidak menyangka isterinya sanggup lari dan tidak pulang sehingga ke hari ini. Ketika membuat laporan di balai polis Bercham, Ipoh pada 10 september 2017 lalu, dia menerima maklumat yang isterinya sudah memeluk agama islam.

Tambahnya lagi dia tidak kisah jika isterinya sudah menukar agama, namun apa yang dirisaukan adalah kesihatan anaknya, apatah lagi kedua orang tuanya sering bertanyakan tentang cucu mereka.

Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, beliau berharap agar mana-mana pihak dapat membantu mengesan isteri dan anak mangsa secepat mungkin kerana melalui maklumat yang diterima dari pihak imigresen mereka berdua masih lagi berada di Malaysia. - UTUSAN ONLINE