Turut mengiringi baginda, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pada majlis berkenaan, baginda turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara DBP dan Majlis Agama Islam Perlis (Maips).

Maips diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Nazim Mohd. Noor manakala DBP pula diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Adzis Abas.

Menerusi perjanjian berkenaan, kedua-dua pihak berkaitan akan bekerjasama dalam pelbagai bidang bahasa, termasuk penerbitan dan penyelidikan. - UTUSAN ONLINE