Pengarah Jabatan Perancangan Korporat (DBKL) Norhaslinda Nordin berkata, inisiatif itu diambil selepas melihat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang membuat permohonan untuk berniaga di bazar.

“Sebelum ini peniaga bagi kategori A iaitu di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman perlu membayar RM3,900 namun jumlah itu dikurangkan kepada RM1,494.

“Bagi kategori B yang melibatkan bazar juadah berbuka pula, DBKL menurunkan kadar bayaran kepada RM406 berbanding tahun sebelumnya iaitu RM873, “ katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Norhaslinda, permohonan dibuka sehingga 14 Mac ini dan dalam tempoh empat jam pertama talian dibuka, sebanyak 150 permohonan diterima oleh DBKL. - UTUSAN ONLINE