Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui kenyataan di media sosial Facebooknya berkata, tindakan sita telah diambil terhadap lembu-lembu yang ditempatkan berhampiran RHB Bank.

Katanya, tindakan sita yang digerakkan oleh beberapa jabatan berikutan aduan dan laporan seperti yang didedahkan akhbar dan media sosial.

“Pemilik diarahkan berhenti memelihara lembu di kawasan tersebut dan mereka juga dikehendaki membersihkan kawasan persekitaran,” menurut kenyataan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE