DBKL dalam kenyataan di sini hari ini berkata, keputusan itu dibuat atas faktor masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

“Sekiranya penghuni PPR dan PA menerima bil air yang dikeluarkan bermula 5 hingga 13 September dan mempunyai jumlah tunggakan, penghuni yang terlibat boleh mengabaikan jumlah tunggakan bil air tersebut dan hanya perlu menjelaskan jumlah bil air caj semasa terlebih dahulu.

“Untuk sementara waktu bermula hari ini, bil air yang akan dikeluarkan adalah bil air untuk caj semasa sahaja tanpa jumlah tunggakan,” demikian menurut kenyataan itu.

Katanya, penghuni disaran menyemak penyata akaun bil air masing-masing dengan hadir berbincang di kaunter perkhidmatan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti di Menara DBKL 3 atau menghubungi 03-26176146 atau 03-26176149. - UTUSAN ONLINE.