Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, langkah itu seba­gai usaha pihaknya untuk membasmi kekotoran dan memastikan tahap kualiti makanan dititikbe­ratkan khususnya peniaga.

Menurutnya, pada tahun lalu DBKL berjaya mengambil seba­nyak 590 sampel makanan dan daripada jumlah itu, sebanyak 229 sampel atau 38.8 peratus didapati tercemar.

“Ekoran tindakan itu, seba­nyak 50 notis kompaun telah di­keluarkan kepada penjaja yang terlibat termasuk disenaraihi­tam­kan oleh Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja DBKL.

“Tindakan itu diambil bagi me­mastikan semua peniaga khususnya penjaja di bazar Ramadan mematuhi piawaian perniagaan yang ditetapkan selain menjaga kualiti makanan yang dijual,” ka­tanya ketika berucap merasmikan program Keselamatan Maka­nan Bazar Ramadan 2017 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Eksekutif Pemba­ngunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusof.

Yang turut hadir Pengarah Ja­batan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr. Hayati Abdullah, Ke­tua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dan Pengerusi Persatuan Penjaja Jalan Jujur, Md. Zin Surip.

Dalam pada itu, Mhd. Amin Nordin berkata, bagi aktiviti pemantauan sanitasi terhadap gerai di bazar Ramadan pada tahun sama, sebanyak 4,777 gerai telah diperiksa meliputi 87 tapak bazar.

Menurutnya, berdasarkan jumlah itu, sebanyak 59 notis kompaun dikeluarkan kepada penjaja kerana melanggar syarat-syarat lesen yang ditetapkan.

“Antara kesalahan yang dilakukan termasuk mengabaikan aspek keselamatan makanan serta penjaja gagal mempamerkan ciri-ciri kebersihan daripada aspek maka­nan dan bazar,” katanya.