Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, sebanyak RM1.759 bilion atau 60 peratus adalah perbelanjaan mengurus manakala RM907,495 (26%) adalah untuk tujuan pembangunan dan RM238,650 lagi (14%) adalah untuk pembangunan kerajaan dan swasta.

“Secara keseluruhan, semua peruntukan Bajet 2018 yang disediakan DBKL menunjukkan peningkatan sehingga 1.8 peratus berbanding 2017.

“Ia bagi memastikan warga kota dapat menikmati kehidupan di bandar dalam bentuk persekitaran yang berkualiti, selamat serta gaya hidup sihat,” katanya dalam Ucapan Bajet DBKL 2018 di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL, Datuk Mohd. Najib Mohd.; Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Datuk Mahadi Ngah; Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff dan Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL, Mohd. Mustafa Mohd.. - UTUSAN ONLINE